Kerjaya kelab Éder Citadin Martins

Kerjaya awal

Éder telah memulakan kariernya di Criciúma Esporte Clube. Beliua melakukan kemunculan sulungnya untuk dalam saingan Campeonato Brasileiro Série A pada 19 Disember 2004 dengan beraksi sebagia pemain gantian pada separuh masa kedua ketika menentang Coritiba yang berakhir dengan keputusan seri 3-3.

Éder telah ditawarkan untuk menyertai pasukan utama menjelang musim 2005. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 30 Januari pada tahun itu dalam aksi Campeonato Catarinense menentang Joinville yang berakhir dengan kekalahan 3-2. Beliau menamatkan kempen kejohanan itu dengan menjaringkan tiga gol dalam sepuluh perlawanan. Beliau juga telah menjaringkan gol dalam aksi sulungnya dalam Campeonato Brasileiro Série B semasa menentang São Raimundo-AM pada 26 April yang tamat dengan kemenangan 2-0.

Ketika usia 19 tahun, beliau telah menjaringkan lima gol dalam 19 perlawanan liga sebelum beliau disambar oleh kelab Itali, Empoli.

Frosinone

Éder telah menyertai Frosinone melalui rundingan pemilikan bersama yang bernilai 600,000 euro[6] pada Jun 2008 selepas beliau dipinjamkan ke kelab itu pada separuh kedua musim 2007-08.[7]

Kembali ke Empoli

Empoli membawa masuk Éder semula ke Frosinone pada Jun 2009 dengan nilai perpindahan sebanyak 2.42 juta euro selepas mempamerkan prestasi cemerlang di Serie B.[8] Beliau telah menjaringkan empat gol Serie B pada 13 April 2010 yang mana dua daripada jaringan tersebut terhasil melalui tendangan penalti. Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan 5-2 memihak kepada Empoli menewaskan Salernitana.[9] Beliau mengakhiri kempen bagi musim 2009-10 dengan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak liga iaitu sebanyak 27 gol dihasilkan.[10]

Dipinjam ke Brescia & Cesena

Pada 20 Ogos 2010, Éder telah menandatangani kontrak selama 4+1 tahun bersama kelab pendatang baru Serie A, Brescia[11] lalu menandakan bahawa Éder perlu menyertai Brescia secara pinjaman buat tahun pertama. Brescia seterusnya mendedahkan laporan kewangan mereka yang dilaporkan nilai pinjaman itu sebanyak 1.8 juta euro .[12][13]

Éder hanya menjaringkan enam gol untuk Brescia. Pada 13 Julai 2011, beliau telah berpindah ke Cesena dari Empoli dengan rundingan sementara yang bernilai 2.2 juta euro (kemudiannya Sampdoria menuntut pampasan).[14][15]

Sampdoria

Pada 24 Januari 2012, Éder telah berpindah ke Sampdoria secara pinjaman melalui perpindahan yang bernilai 1.1 juta euro.[14][16] Beliau menyumbat jaringan sulungnya untuk kelab pada 21 April 2012 ketika seri 1-1 menentang Vicenza.[17] Pada 3 Julai 2012, Sampdoria telah membawa masuk Éder secara tetap melalui perpindahan yang menelan kos sebanyak 3 juta euro, Beliau telah menandatangani kontrak selama empat tahun untuk melengkapkan perpindahannya dari Empoli sekali gus menyaksikan Sampdoria telah menghabiskan 4.1 juta euro secara keseluruhannya. Sementara itu, pihak Empoli pula memperoleh 7 juta euro dari tahun 2010 hingga 2012.[18][19][20]

Internazionale

Pada 29 Januari 2016, Éder telah menyertai Inter secara pinjaman selama satu tahun setengah melalui perpindahan bernilai 1.2 juta euro. Beliau boleh berpindah ke kelab itu secara tetap selepas beberapa syarat tertentu dipenuhi.[21] Beliau telah menandatangani kontrak dengan kelab itu sehingga tahun 2020 dan beliau dilaporkan menerima gaji sebanyak 1.5 juta euro pada setiap tahun.[22][23] Beliau telah diperkenalkan kepada media pada hari yang sama apabila beliau diberikan jersi nombor 23. Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak perlu memikirkan berkali-kali untuk menyertai Inter.[24] Beliau melakukan kemunculan sulungnya pada 31 Januari ketika pasukannya tewas 3-0 kepada musuh seteru Milan dalam pertembungan Derby della Madonnina.[25]

Selepas melakukan penampilan pertamanya untuk Inter dalam perlawanan persahabatan bagi musim 2016–17 pada 14 Ogos, pilihan Inter untuk membawa masuknya secara tetap telah disahkan.[26] Pada 28 Januari 2017, Éder telah menyambut penampilannya ke-200 di Serie A dengan menjaringkan gol pada aksi menewaskan Pescara 3-0.[27][28] Pada 14 Mei 2017, Éder beraksi sebagai pemain gantian sebelum menjaringkan gol untuk pasukannya tetapi perlawanan itu berakhir dengan kekalahan Inter kepada Sassuolo 1-2.[29] Beliau juga memanfaatkan keadaan pasukan yang kehilangan Mauro Icardi akibat kecederaan dalam dua perlawanan liga terakhir dengan menjaringkan gol ketika menentang Lazio[30] serta menyumbat dua gol semasa menentang Udinese sekali gus merekodkan jumlah jaringannya pada aksi liga kepada lapan gol.[31] Rekod ini juga menjadikan Éder sebagai pemain Inter pertama yang menjaringkan gol dalam tiga perlawanan Serie A berturut-turut sejak November 2015.[32] Beliau menamatkan musim sulungnya di Inter dengan beraksi dalam 40 perlawanan pada semua kejohanan termasuk 33 perlawanan Serie A, enam perlawanan Liga Europa manakala sepuluh jaringan telah dihasilkan iaitu lapan gol dicetak pada aksi Serie A manakala dua jaringan lagi dijaringkan pada saingan Liga Europa.

Pada 2 November 2017, Éder telah melanjutkan kontraknya bersama Inter sehingga Jun 2021.[33] Hanya pada tiga hari kemudian, beliau beraksi sebagai pemain gantian untuk menjaringkan gol pertamanya pada musim 2017-18 semasa menentang Torino yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 bagi memastikan Inter mengekalkan rekod tanpa kalah.[34] Éder dapat beraksi sebagai kesebelasan utama Inter buat pertama kali pada musim 2017-18 hasil ketiadaan Icardi yang mengalami kecederaan ketika menentang Crotone dengan menjaringkan gol tandukan menarik dalam permainan yang berakhir dengan kedudukan seri 1-1 pada Februari 2018.[35] Seterusnya, beliau juga beraksi termasuk dalam barisan kesebelasan utama pasukan semasa menentang Bologna dan beliau membantu pasukannya untuk meraih kemenangan 2-1 melalui jaringannya hanya selepas 90 saat perlawanan bermula.[36][37][38]

Jiangsu Suning

Pada 13 Julai 2018, Éder telah menyertai kelab China, Jiangsu Suning dalam perpindahan yang dilaporkan sebanyak 5.5 juta euro.[39]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Éder Citadin Martins http://www.espnfc.com/club/internazionale/110/blog... http://forzaitalianfootball.com/2016/01/inter-beat... http://www.frosinonecalcio.com/news.php?id=1447 http://www.frosinonecalcio.com/news.php?id=2162 http://www.goal.com/en-us/news/mauro-icardi-miss-c... http://www.goal.com/en/match/internazionale-vs-pes... http://www.goal.com/en/match/internazionale-vs-sas... http://www.goal.com/en/match/lazio-vs-internaziona... http://www.goal.com/it/news/5/serie-b/2012/05/04/3... http://www.ilsole24ore.com/art/notizie/2018-07-13/...